Selamat Datang Ke Laman Blog  RELAWATI PP-001-0192, Timur Laut, Pulau Pinang.


 

PROFAIL

  1. Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) telah ditubuhkan sebagai sebuah jentera keselamatan kerajaan berbentuk sukarela pada 11 Januari 1972 di bawah Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 (Pasukan Kawalan) Perubahan Nama dan Pindaan 1974.
     
  2. Penubuhan RELA adalah untuk memberi kesempatan kepada rakyat jelata yang taat-setia untuk tampil ke hadapan menganggotai sebuah agensi keselamatan kerajaan yang diwujudkan bagi membantu, memelihara dan mempertahankan keselamatan dan keamanan Negara.
     
  3. Penubuhannya adalah selaras dengan falsafah dan keyakinan bahawa tanggungjawab mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan Negara adalah ditangan rakyat Malaysia sendiri dengan setiap rakyat perlu memainkan peranan masing-masing.

 

MOTTO

Setia Berbakti

 

VISI

Menjadi sebuah pasukan sukarelawan yang unggul.

 

MISI

Menggembleng tenaga sukarelawan bagi membantu agensi keselamatan supaya
keamanan dan keselamatan negara terkawal.

 

OBJEKTIF

Membantu mengekalkan keselamatan negara , keamanan dan kesejahteraan rakyat.

 

_______________________________________________________________

NILAI TERAS PASUKAN

 
Setia Berbakti kepada Negara, Pucuk Pimpinan dan Masyarakat

 

 

 

 

 PATRIOTISME

 

SETIA

 

BERDISPLIN

 

DEDIKASI

Sentiasa Sedia Membantu Dalam Sebarang Penugasan dan Tanggungjawab Tanpa Mengharapkan Ganjaran dan Mementingkan Diri Sendiri

 

 IKHLAS

 

BEKERJASAMA

 

BERWAWASAN

 

 MESRA RAKYAT

Berhemah Tinggi, Adil, Cekap dan Mengutamakan Pelanggan serta Berdamping Rapat dengan Masyarakat Setempat

 

Berpandangan Jauh, Kreatif serta Sentiasa Berusaha Merealisasikan Wawasan Negara

 

PERANAN

* Pertahanan kawasan mengikut konsep mengikut konsep yang digunapakai oleh pasukan Home Guard, iaitu memelihara keselamatan dan keamanan setempat sehingga diambil alih oleh pasukan keselamatan.

 Peranan ini pula meliputi:

  • Keselamatan dan pertahanan sasaran penting dalam kawasan tanggungjawab, jika ada.
     
  • Perpindahan serta perlindungan penduduk awam ke kawasan penempatan yang selamat 
  • Tugas geraksaraf khasnya dari segi mengawasi pihak-pihak yang dianggap sebagai musuh
    dalam selimut di dalam kawasan tanggungjawab.
  • Tugas pencegahan jenayah bagi kawasan tanggungjawab sehingga diambil alih oleh pihak polis.

* Tenaga anggota RELA juga boleh digembeling bagi berbagai tujuan mengikut kemahiran masing-masing. Di antara kemahiran anggota yang telah dikenalpasti:-

  • Pertukangan dan binaan
  • Juruteknik
  • Pemandu (berat dan ringan)
  • Kemahiran mengguna senjatapi

* Pasukan RELA dengan hampir sebahagian besarnya anggota berumur di bawah 40 tahun adalah ‘ready material’ untuk kerahan oleh Negara.

* Walaupun pasukan RELA diwujudkan sebagai sebuah jentera keselamatan bagi tujuan membantu Negara menghadapi keadaan-keadaan darurat, namun diwaktu aman, pasukan ini mempunyai peranan yang telah menjurus kepada :

  • Bidang keselamatan
  • Bidang pembangunan masyarakat (Projek BAKTI RELA).

* Tugas-tugas semasa aman dalam bidang keselamatan merangkumi konsep MATA DAN TELINGA KERAJAAN yang berfungsi seperti :

  • Mengumpul dan menyampaikan maklumat-maklumat penting kepada agensi-agensi kerajaan
    berkaitan seperti PDRM, Kastam, UPP, Imigresen mengenai sebarang ancaman yang boleh
    menggugat keselamatan setempat.
  • Menjalankan rondaan pencegahan jenayah sebagai langkah memelihara dan mengekalkan
    keselamatan dan keamanan kawasan masing-masing
  • Apabila timbul keperluan, membuat tangkapan (citizen arrest) ke atas anasir-anasir jahat untuk
    diserahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

 *Anggota RELA diberi kuasa :-

  • Apabila dibenarkan oleh pihak berkuasa yang layak membawa senjata termasuk senjatapi dan menggunakannya bagi melaksanakan kewajipan-kewajipan. “ Tanpa mengurangkan kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, menangkap tanpa waran seseorang pengganas atau seseorang yang tidak diingini atau mana-mana orang yang ia ada sebab yang munasabah bagi mempercayai sebagai seorang tidak diingini dan membawa dengan serta merta pengganas atau kepada pegawai polis yang hampir atau seseorang anggota pasukan keselamatan.”
     

PERANAN RELA DALAM BIDANG PEMBANGUNAN SOSIAL

* Meningkatkan penglibatan dalam kerja-kerja kemasyarakatan setempat khasnya dalam bidang-bidang yang akan menghasilkan kesan geraksaraf yang tinggi.

* Bidang-bidang yang dipilih adalah :
 

  • Pemulihan dan Pembinaan rumah orang daif tujuan membantu Kerajaan mengurangkan
    masalah kemiskinan.
  • Gerakan menderma darah secara besar-besaran bertujuan membantu program kesihatan.
  • Membantu agensi-agensi tertentu menyediakan kemudahan-kemudahan asas (projek kecil)
    di luar bandar.
     
  • Gerakan membasmi musuh-musuh tanaman di luar bandar.
  • RELA juga mempunyai peranan dalam membantu menghadapi bencana alam seperti banjir,
    kebakaran, ribut dan lain-lain. 

 Klick  L

  Syarat Aggotai RELALatihanCarta BahagianHubungi Kami

uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu


 Ikatan Relawan Rakyat Malaysia atau singkatannya RELA adalah sebuah pasukan keselamatan kerajaan berbentuk sukarela dibawah penyeliaan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Blog saya ini dihasilkan bagi menyampaikan maklumat-maklumat mengenai Pasukan RELA seperti peranan, Visi, aktiviti, program, Syarat dan lain-lain maklumat kepada masyarakat terutamanya bagi pasukan RELA Timur Laut. Melalui laman Blog ini, saya berharap setiap rakyat dapat memahami lebih mendalam mengenai RELA serta akan menjadi sebagai pendorong kepada mereka untuk menyertai pasukan RELA. 

Selain itu, saya berpendapat bahawa RELA yang kini sebuah pasukan sukarelawan terpenting kerajaan perlu mengetahui perkembangan ke arah teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) disamping tugasan lain.

Disini ingin saya ambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan Terima Kasih  kepada rakyat dan Ahli-ahli Rela kerana menyediakan masa untuk membaca laman web Blog saya( Platun RELA PP-001-0192.)

Akhir kata, saya berharap agar Laman Web ini akan dapat merealisasikan matlamat kami.

 

Daripada,

YEAP

 

 

 

 

Bermuafakat, Bertolak Ansur dan Bantu Mambantu

 

 

Beriltizam Tinggi Untuk Menjayakan Misi dan Visi serta Matlamat Pasukan RELA

 

 

Mempunyai Disiplin Serta Jatidiri Yang Unggul dan Mengamalkan Budaya Kerja Yang Cemerlang
 
Membudayakan Semangat Cinta dan Berbangga Terhadap Negara, Agama dan Bangsa

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nama : Wenny Yeap

T.Lahir : 1980

Ahli Relawati Kawasan: Timur Laut (Pulau Pinang)                               Platun PP-001-0192

Platun CPS          



Pekerjaan: Pereka Rekabentuk, Fashion and Rumah Dalaman. (Graphic Designer)

Hobi : Computer, rekabentuk, fashion,Keamanan, Foto, Membaca buku, Politik, Psikologi, Feng Shui,
Merenang, Melancong, Kereta, musik, Memasak, Karaoke.

Sekolah: Convent Dato Kramat(SPM)
Equator Academy of Art (DMU Certificate)
Putra National Kolej (Diploma)

Buku yg saya minat : Encyclopedia, Religion research, Mystery, Cooking Book, Sejarah,
Magic & Astrology, Business n Marketing, Administrasi,Design.

Musik yg saya suka: Most of Famous Music, New Age...(Kitaro, Enya, Egnima...

Org-org yg saya mengagungkan ada:
Mulia,Kepintaran,Belas Kasihan, Berakal, Akidah,Baik hati, Gagah Berani danRendah Hati.

 

Link :  L

SIN AIK MOH HARDWARE TRADING

 

 
 
Saya nampak,saya cakap shj...
Welcome to my personal web blog
Visit My Owner Rela Club 2006
RELAwati

BIO FILE